KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI
Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya. Membaca al-Quran dinilai sebagai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya. Antara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan ketika membacanya adalah surah Al-Kahfi, tambahan pula apabila dibaca pada hari Jumaat.
Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki 110 ayat. Begitu banyak hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini. Sebahagiannya adalah yang yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya. Antaranya ialah:
1) Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali jumaat." ( H.R Hakim di dalam Mustadrak)
Ayuh! Kita sama-sama nikmati anugerah ILAHI ini. Peruntukkanlah walau sedikit masa untuk mentadabburnya. Jika kita mempunyai waktu untuk memenuhi kegembiraan lain, kenapa tidak kita berlumba-lumba untuk meraih nikmat hakiki ini…