Tuesday 31 July 2012

Petua dan Amalan - Part 1

Penawar Resdung
• Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.


Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
• Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
• Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar…

Menghilangkan Cagu
• Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
• Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Monday 30 July 2012

Fenomena Ganjil Lautan berbuih....


Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini. Terdapat satu lagi yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’. Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Boleh lihat gambar di bawah.


Info Ringkas:
Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.







sumber: melayukini




Mutiara Kata Renungan Bersama




Thursday 26 July 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji Penjawat Awam / Kakitangan Kerajaan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012



Alhamdulillah... syukur sangat bila dengar berita di TV3 sebentar tadi menyatakan semua penjawat awam  / kakitangan kerajaan akan mendapat bonus setengah bulan gaji (minimum RM 500) sempena hari raya aidilfitri 2012. Gembiranya. Dapatlah meringankan beban kita semua untuk membuat persediaan raya nanti.

Pesara kerajaan juga akan mendapat bayaran khas kewangan sebanyak RM500 ..Seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan akan terima bayaran bonus ini yang akan dibuat pada 9 Ogos 2012. Wow! Terima kasih ya Kerajaan Malaysia.

sila klik pada gambar untuk besarkan

sumber gambar : Kementerian Kewangan Malaysia dan http://mialiana.com



Wednesday 25 July 2012

Khasiat dan Kebaikan Oat


PENYAKIT jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.


Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.
Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?


Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.
Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.


Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.


Untuk membuktikan hakikat ini, Quaker Oats, syarikat bijirin tertua di dunia telah melancarkan program Cabaran Jantung Sihat Quaker dengan syarikat penyiaran satelit terkenal ASTRO (2004) dan institusi kewangan Citibank (2005).Kakitangan ASTRO dan Citibank telah dijemput menyertai cabaran ini dan mereka diberi sarapan 70g oat Quaker sehari selama satu bulan. Sarapan mereka disediakan dalam pelbagai cara dan gaya hidangan menggunakan emping oat Quaker sepanjang bulan. Pada akhir bulan, ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa mereka berjaya menurunkan kolesterol mereka antara 0.1mmol/L dan 3.5mmol/L.


Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari. Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.

Monday 23 July 2012

Kelebihan Ramadhan



Alhamdulillah kita di hari ketiga bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat dan kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


v  Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi


v  Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

v  Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi


v  Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya : Siapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu.

v  Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


v  Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumat kepada Jumat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggalkan sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam).


o   Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi


Sunday 8 July 2012

Hari Inovasi Kanak-Kanak TBK Kemas Parlimen Kbg Pasu

Pada 4 & 5 Julai 2012, Kemas Parlimen Kubang Pasu mengadakan Hari Inovasi untuk kanak-kanak Tabika....banyak acara yang dipertandingkan sepanjang dua hari tersebut melibatkan kanak-kanak tabika antaranya pertandingan nasyid, bercerita bahasa inggeris,hafazan, pidato, teater, tarian, puppet dan banyak lagi. Pada tahun ini adik Irah tidak terkecuali untuk mengambil bahagian dalam acara tarian bersama rakan-rakannya dari Tabika KEMAS Tmn Universiti yang bergabung dengan TBK Kemas Risda Tg. Genting.

Tengok tu...adik Irah diam jer bila mukanya di make up sebelum persembahan.

Adik Irah dan bf (Shasha,Adik Irah & Aliya)

Tuesday 3 July 2012

Alahai anak mama

Hari Rabu lepas (27 Jun 2012) adik Irah terjatuh kat tadika....waktu ni akak masih lagi di Langkawi kerana menghadiri Kursus anjuran Yayasan Amanah Latihan Badan Berkanun....waktu en somi tepon bagi tahu adik Irah terjatuh dan dibawa ke Pusat Kesihatan UUM...hati akak berdebar-debar dan jantung berdegup pantas jer...persoalan tentang kemalangan itu bermain di kepala akak saat ini....samada teruk atau sebaliknya...maklumkan benda kita tak nampak kan??? mungkin naluri hati seorang ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.....setelah hampir sejam menunggu barulah en somi menelefon dan menceritakan tentang adik Irah....walaupun tidak seteruk mana namun dagunya terpaksa juga menerima 2 jahitan...hmmm...tu lah adik Irah....

Nasib baik juga lukanya dekat bawah dagu...kalau kat mata...apa nak dikata....





Jom tengok apa yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa yang anda perlu tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...