Thursday 1 November 2012

Makna Tersirat Di Sebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros Yang Diberikan

Ramai wanita pasti suka bila ada orang memberi mereka bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira juga. Tapi tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye icon smile Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan



Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

MerahCinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan KeberanianHantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

PinkMenunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
KuningMembawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan

PutihMenunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”

LavenderCinta pandang pertama dan pesonaHantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

OrenKeghairahan dan keinginan yang tulus murniPilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru

HitamPermulaan yang baru, Kelahiran semula, kematianKadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

BiruMustahil dan tak dapat disempurnakanBunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan

Sekali lagi diingatkan, ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. 

Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
3 RosesI love you
6 RosesAku ingin menjadi milikmu
7 RosesAku tergila-gilakan kamu
9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 RosesKamu adalah sempurna
11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 RosesBe my steady
13 RosesPeminat rahsia
15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 RosesAku setia pada mu
24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 RosesCintaku padamu adalah tulen
50 RosesCinta yang tiada sesalan
99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
108 RosesJom Kahwin!
365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila

Diulangi buat kesekian kalinya ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini.Kalau ada sebarang salah silap harap dapat diperbetulkan.




Sumber  :   cisdel



Tuesday 30 October 2012

Hari Graduasi Murid Tahun 6 SKBBS

Tanggal 24 Oktober 2012...Sekolah Along Eiqah membuat satu majlis Hari Graduasi khas untuk pelajar-pelajar Tahun Enam 2012 yang akan menamatkan pengajian di sekolah tersebut akhir tahun ini. Majlis berlangsung dengan meriah sekali yang di selang-selikan dengan acara silat, pancaragam, tarian dan lain-lain persembahan oleh murid-murid sekolah.
 Pentas yang dihias cantik dan berwarna warni...ceria sekali....

 Guru Besar SKBBS sedang memberi ucapan alu-aluan kepada waris dan para jemputan sekalian.

 Along Eiqah sedang beratur dan menunggu giliran untuk naik ke pentas....

 Along Eiqah atas pentas....

 Selepas turun dari pentas......

 Bersama rakan sekelas....

 Sempat lagi mama dan anak berposing...hehehe

Bersama Abah....

Along Eiqah dan Adibah













Tuesday 2 October 2012

TAKABBUR: Penyakit Hati Yang Merbahaya


Sahabat Abdillah bin Mas’ud ra berkata, bahwa Nabi saw telah bersabda: “Seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat rasa takabbur walau hanya seberat biji sawi dia tidak akan berhak masuk sorga.” Kemudian ada seorang lelaki berkata: “Ya Rasulullah, terus bagaimana halnya dengan seseorang yang suka memakai pakaian bagus dan kasut yang bagus?” Jawab Rasulullah: “Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang bagus, dan cinta kepada segala kebagusan. Sedang yang dinamakan takabbur adalah mengingkari kebenaran serta sombong terhadap sesama manusia.” (HR. Muslim dan Tirmidzi).
Takabbur ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan atau petua untuk mengelakkan sikap dan sifat takabbur atau sombong ini.
      1.            Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

      2.            Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

      3.            Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

      4.           Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

      5.          Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

      6.           Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

Semuga dapat diamalkan dan disampaikan..

Tuesday 18 September 2012

Ketahuilah ada 8 jenis makanan terbaik di dunia

1.DELIMA

Saidina Ali berkata : "Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut". Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.



2. KURMA

Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.


3.ZAITUN

Rasulullah bersabda : "Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati". Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.


4. ZA'FARAN

Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif 'Asyur menyebut tentang Za'faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".



5. BUAH TIIN

Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.



6.HABBATUS SAUDA'

Khasiat Habbatus Sauda' diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



7.MADU

Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : "Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia" iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu"



8. KISMIS

Imam Az-Zuhdi berkata : "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"





Sunday 9 September 2012

Countdown UPSR - 3 hari lagiiiiiii........



Salam. Berikut adalah doa dan wirid untuk anak-anak dan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang tinggal lagi 3 hari jer lagi....Berdebar rasa hari nak melalui tempoh peperiksaan ini....bukan anak yang berdebar tapi mama dia yang terlebih debar.....Anak sulung akak ...NUR HAZIQAH akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini....Semoga Along Iqah dapat menjawab dengan hati yang tenang serta di permudahkan oleh Allah SWT dalam menghadapi pertarungan di medan peperiksaan pada 11-13 September 2012 nanti.....begitu juga dengan anak-anak yang lain...semoga kejayaan sentiasa bersama dengan anak-anak semua...ibu dan bapa hanya mampu berdoa kerana setiap kejayaan adalah dari usaha gigih daripada anak-anak sendiri. Di sini di bekalkan doa & wirid yang sesuai untuk diamalkan oleh anak-anak yang akan menempuh peperiksaan...begitu juga dengan kehidupan kita seharian.....mudah-mudahan berkat usaha kita ini mendapat redha Allah SWT.....amin.... 

Semoga usaha murni dalam berkongsi /menyalurkan ilmu -ilmu ini berguna justeru dapat membantu anak-anak Islam yg lain tenang dalam mengejar ilmu serta mendapat keberkatan NYA.

DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR-Sempena Peperiksaan

1. SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan 

  

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 

2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu 

 

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 

3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati 

  

4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas. 

   

(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan
Allahyarham Syed Abdullah Assogoff) 

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati 

  

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambaMu dan pesuruhMu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.” 

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 

6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati 

 doabukahati 

“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.” 

(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 

7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor) 

 doaallahredahusahakita 

Telah bersabda Rasulullah: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi) 

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 

8. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL 

 doamudahfahamhafal 

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.” 

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 

9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA 

  


“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.” 

10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK 
doadapatilham 
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.” 

11. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN 

 doatambahilmupengetahuan 

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman). 

12. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH 

 wiriddapatilmudgnhikmah 

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah” 

13. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata. 

 wiridtukpelajar 

“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata” 

(Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy) 

14. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH 

 wiridtukdapathikmah 

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”. 

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 

15. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan 

wirid ketika gelapfikiran 

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku” 

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan. 

16. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI 

 wiridtukjadibijakpandai 

Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat 

“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai” 

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya. 


17. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN 

 wiridtuklihatygdirahsiakan 
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”. 

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek. 
last doa 

Selamat Beramal 

Jom tengok apa yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa yang anda perlu tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...