Sahabat
Abdillah bin Mas’ud ra berkata, bahwa Nabi saw telah bersabda: “Seseorang yang
di dalam hatinya masih terdapat rasa takabbur walau hanya seberat biji sawi dia
tidak akan berhak masuk sorga.” Kemudian ada seorang lelaki berkata: “Ya
Rasulullah, terus bagaimana halnya dengan seseorang yang suka memakai pakaian
bagus dan kasut yang bagus?” Jawab Rasulullah: “Sesungguhnya Allah adalah Dzat
yang bagus, dan cinta kepada segala kebagusan. Sedang yang dinamakan takabbur
adalah mengingkari kebenaran serta sombong terhadap sesama manusia.” (HR.
Muslim dan Tirmidzi).
Takabbur
ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa
panduan atau petua untuk mengelakkan sikap dan sifat takabbur atau sombong ini.
1.
Apabila kita
berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.
Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita sudah
berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.
2.
Apabila kita
berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia
lebih lama beribadah daripada kita.
3.
Ketika kita
berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana
banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
4. Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah
dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa
kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
5. Kalau kita berjumpa dengan orang jahat,
janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah
bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari
perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
6. Apabila berjumpa dengan orang kafir,
katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin
di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di
dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah
Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Semuga dapat diamalkan dan disampaikan..
No comments:
Post a Comment