Friday, 15 June 2012

Jalan-jalan Ke Ladang Anggur

Kesempatan pada cuti sekolah baru-baru ni....kami sekeluarga berpeluang melawat ke Ladang Anggur yang terletak di dalam Daerah Sik di Kedah.Sekarang bukan perkara luarbiasa apabila anggur berjaya di tanam di negeri yang berhawa panas seperti di Malaysia dan tidak mustahil apabila suatu hari nanti Kedah akan berjaya menjadi Negeri pengeluar anggur yang terbesar di Malaysia. Jadi kita semua tak payah pergi ke luar negeri untuk merasai buah anggur yang "fresh" kerana Excel Agrotech Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera telah mengusahakan dua buah ladang anggur yang terletak di Kampung Tenas di Tasik Beris dan Ladang Anggur Sungai Senam. Purata keluasan ladang adalah seluas 4 ekar dan menempatkan 1000 pokok terdiri daripada dua varieti iaitu White Malaga dan Black ophal Grape. Manakala Ladang Anggur Sungai Senang pula seluas 30 ekar dan menempatkan 6000 pokok yang sudah di tanam.                                       
Kalau nak ke Ladang Anggur tu senang ja.... Dari Highway, Exit kat Gurun ke Jeniang....Ikut jalan tu terus ja lebih kurang 47km..... jumpa la tempat tu..... Bayaran masuk RM4 untuk dewasa, kanak-kanak RM2, kanak-kanak 6 tahun ke bawah free jer. Kat sana ada dijual anggur terus dari ladang....... memang sedap....manis dan tanpa biji.  
Dibawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat kami ambil.....jom layan....
                                                                              




Salam Perkenalan


Ahlan wa sahlan dan salam perkenalan buat semua pengunjung dan kawan-kawan yang sudi berkunjung ke laman blog ini....ini merupakan blog akak yang kedua. Blog ini diwujudkan untuk berkongsi segala cerita-cerita dan kisah suka, susah senang sertsa pengalaman manis kami sekeluarga. Juga diselitkan  petua-petua dan nasihat yang mungkin berguna dalam kehidupan kita seharian....kepada kawan-kawan blogger yang baru berkunjung...jika ada masa sudi-sudikan juga lawati blog akak yang pertama itu di SINI

Jom tengok apa yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa yang anda perlu tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...