Ahlan wa sahlan dan salam perkenalan buat semua pengunjung dan kawan-kawan yang sudi berkunjung ke laman blog ini....ini merupakan blog akak yang kedua. Blog ini diwujudkan untuk berkongsi segala cerita-cerita dan kisah suka, susah senang sertsa pengalaman manis kami sekeluarga. Juga diselitkan petua-petua dan nasihat yang mungkin berguna dalam kehidupan kita seharian....kepada kawan-kawan blogger yang baru berkunjung...jika ada masa sudi-sudikan juga lawati blog akak yang pertama itu di SINI.
Ni la gambar tuan tanah blog ni...sapa lagi akak ler tu...chubby tak?????? apa-apa jer lah....akak merupakan seorang wanita yang boleh di katakan bekerjaya sebab akak bekerja/makan gaji...hehehe....merupakan seorang isteri dan rakan sebilik kepada En Mohd Fitri (en somi) dan juga seorang ibu dan mama kepada dua orang puteri akak yang amat-amat disayangi (sapa tak sayang anak oiii) iaitu NUR HAZIQAH dan NUR HAZIRAH.....
Ni la teman akak yang sudi berkongsi suka duka, pahit maung, susah senang dan sakit demam...MOHD FITRI BIN MURAD....Seorang suami yang sangat penyayang, baik hati, memahami, bertanggungjawab dan amat prihatin dengan permasalahan keluarga...cewahhhh puji melebih nampak.....hehehehe kalu isteri tak puji sapa lagi kan?
Yang atas ni pula...anak sulung akak..berusia 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ni 2012....semoga Along Iqah diberi kemudahan dan berjaya dalam hidup...insyaallah.Ni pulak...adik Irah (NUR HAZIRAH BINTI MOHD FITRI)...anak akak yang kedua dan baru berusia 6 tahun....menuntut di Tabika KEMAS Tmn Universiti...seorang yang sangat aktif dan lincah....moga adik juga berjaya hendaknya...insyaallah.
Rasanya cukup setakat ini dulu akak memperkenalkan diri dan keluarga akak pada semua...harap berpuas hati dan rajin-rajinlah ikuti blog akak....dan insyaallah akak akan update blog ini dari semasa ke semasa.
Selamat berhibur.......Terima kasih....
No comments:
Post a Comment