Sunday 8 July 2012

Hari Inovasi Kanak-Kanak TBK Kemas Parlimen Kbg Pasu

Pada 4 & 5 Julai 2012, Kemas Parlimen Kubang Pasu mengadakan Hari Inovasi untuk kanak-kanak Tabika....banyak acara yang dipertandingkan sepanjang dua hari tersebut melibatkan kanak-kanak tabika antaranya pertandingan nasyid, bercerita bahasa inggeris,hafazan, pidato, teater, tarian, puppet dan banyak lagi. Pada tahun ini adik Irah tidak terkecuali untuk mengambil bahagian dalam acara tarian bersama rakan-rakannya dari Tabika KEMAS Tmn Universiti yang bergabung dengan TBK Kemas Risda Tg. Genting.

Tengok tu...adik Irah diam jer bila mukanya di make up sebelum persembahan.

Adik Irah dan bf (Shasha,Adik Irah & Aliya)


Tadaaa...anak-anak dah siap make up....cumelllll....
Peserta Tarian dari TBK Kemas Tmn Universiti dan TBK Kemas Risda Tg. Genting.....segak bergaya
Adik Irah tak lepas peluang masuk juga pertandingan mewarna walaupun dengan berpakaian tariannya....semangat!!!!!!
Berbaloi jugak adik Irah dan kawan-kawannya menari hari tuuuu....tarian mereka mendapat pujian dari pihak juri dan muncul sebagai johan yang akan mewakili parlimen ke peringkat Negeri.....Alhamdulillah. Jom kita tengok gaya anak2 kita menari....

Tarian Piring - Part 1
Part-2

No comments:

Post a Comment

Jom tengok apa yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa yang anda perlu tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...